Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azarenka tarik diri Terbuka Australia

    MELBOURNE, 8 Jan – Juara dua kali, Victoria Azarenka menarik diri dari pertandingan Terbuka Australia, dengan kemasukan wildcard dalam musim pertama yang ditempatkan semula ke Alja Tomljanovic.

    Penganjur Terbuka Australia mengumumkan pengunduran Azarenka dalam pos media sosial hari ini, seminggu sebelum pertandingan bermula.

    “Malangnya (Azarenak) tidak dapat membuat perjalanan ke Australia pada tahun ini,”kata penganjur menerusi Twitter, yang memetik pengarah pertandingan, Craig Tiley. Terbuka Australia “adalah pertandingan pilihannya dan dia bersedia untuk kembali ke Melbourne pada tahun depan.”

    Azarenka, yang memenangi Terbuka Australia pada 2012 dan 2013 terlibat dalam pertikaian penahanan yang melibatkan anak lelakinya, Leo, yang dilahirkan pada 19 Disember lalu.

    Gambar fail 27 Januari 2016 menunjukkan Azarenka membalut tuala ais di lehernya semasa rehat di Terbuka Australia. – AP

    Dia tidak bersaing dalam mana-mana pertandingan sejak Wimbledon, di mana dia tewas kepada Simona Halep pada pusingan keempat 10 Julai lalu.

    Bekas pemain ranking no.1, Azarenka hanya beraksi dalam enam pertandingan pada tahun 2017 dan ranking penamatnya tahun tersebut jatuh ke no.208.

    Penganjur Terbuka Australia bulan lalu meluluskan kemasukan wildcard, dengan Tiley berkata pada ketika itu, “Keadaan Vika sekarang jelas terlalu sukar baginya dan kami sampai untuk memberikan sebarang sokongan yang mampu.”

    Azarenka sebelumnya dijadualkan untuk kembali beraksi dalam tenis di New Zealand minggu lalu, tetapi menarik diri dari pertandingan tersebut. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda