Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azerbaijan tahan bekas pemimpin Karabakh

    BAKU, SEPT 28 – Mahkamah Azerbaijan hari ini meletakkan bekas ketua pemisah Nagorno-Karabakh, Ruben Vardanyan dalam tahanan pra-perbicaraan, selepas mendakwanya membiayai keganasan dan jenayah lain.

    Mahkamah di Baku memutuskan bahawa Vardanyan, seorang ahli perniagaan yang mengetuai wilayah etnik Armenia dari November 2022 hingga Februari tahun ini, harus ditahan dan diletakkan dalam tahanan pra-perbicaraan selama empat bulan, kata perkhidmatan keselamatan negara Azerbaijan.

    Vardanyan juga telah didakwa mewujudkan organisasi bersenjata haram, menurut kertas pertuduhan yang dikemukakan oleh perkhidmatan keselamatan.

    Jika disabitkan kesalahan, Vardanyan, yang dilahirkan pada 1968, boleh dipenjarakan sehingga 14 tahun.

    Azerbaijan telah bersetuju untuk membenarkan pemisah yang menyerahkan senjata mereka untuk meninggalkan wilayah itu ke Armenia mengikut syarat-syarat perjanjian gencatan senjata yang dicapai Rabu lalu.

    Tetapi sumber kerajaan Azerbaijan memberitahu AFP bahawa pengawal sempadan juga sedang mencari suspek ‘jenayah perang’ yang perlu menghadapi pendakwaan. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda