Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azerbaijan: Tiada sebab Rusia masuk campur hal Karabakh

    BAKU, 1 NOV – Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev berkata hari ini tidak ada sebab untuk Rusia masuk campur dalam konflik Nagorno-Karabakh kerana Baku tidak mengancam wilayah Armenia.

    Pertempuran menjadi tegang di Karabakh – sebuah etnik Armenia rantau Azerbaijan – selama lebih sebulan dan kelmarin, Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan meminta Moscow mengadakan ‘konsultasi segera’ berhubung bagaimana Rusia boleh menghulurkan bantuannya di bawah perjanjian pertahanan.

    Menjadi tuan rumah kepada Menteri Luar Negeri Turki, Mevlut Cavusoglu di Baku, Aliyev berkata permintaan Pashinyan adalah satu ‘pengakuan kekalahan’ dan perjanjian itu tidak sah kerana Karabakh adalah diiktiraf antarabangsa sebagai sebahagian daripada Azerbaijan.

    “Azerbaijan melancarkan operasi ketenteraan dalam wilayahnya dan tidak ada rancangan ketenteraan bagi wilayah Armenia,” kata pejabat Aliyev memetiknya sebagai berkata.

    Ratusan orang telah terbunuh sejak pertempuran baharu meletus pada 27 September berhubung Karabakh, yang meletus dari kawalan Azerbaijan semasa perang pada 1990an.

    Percubaan antarabangsa untuk menjamin gencatan senjata telah berulang kali berdepan kegagalan.

    Aliyev berkata negaranya akan bersetuju dengan gencatan senjata jika hanya pihak pemisah Armenia berhenti untuk menawan semula wilayahnya yang baru-baru ini diambil semula oleh pasukan Azerbaijan.

    “Ini adalah punca sebenar atas pertempuran berterusan,” katanya. – AFP

    Presiden Ilham Aliyev (depan, kanan) dan Mevlut Cavusoglu (kiri) semasa bercakap pada mesyuarat di Baku, Azerbaijan pada 1 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda