Monday, January 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azhan Rani diuji penyakit akut gunung

    Kejayaan menakluk puncak Gunung Kinabalu di Sabah buat kali keempat memberi cabaran berbeza buat pelakon Azhan Rani.

    Azhan, 47, berkata, pelbagai dugaan perlu ditempuh sepanjang perjalanan ke puncak malah dia turut diuji dengan penyakit gunung akut atau AMS buat kali pertama.

    “Kali keempat di sini (Gunung Kinabalu), pertama kali kena AMS. Beria buat video di atas ini di bawah pengaruh AMS dengan angin kencang.

    “Alhamdulillah ahli rombongan dan pasukan bimbingan yang tak putus asa tunda aku, akhirnya sampai juga. Macam mana cara nak sampai itu tak payah cerita, aib nanti,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

    Dalam hantaran tersebut, Azhan turut berkongsi video yang diambil semasa berada dalam pengaruh AMS yang memaparkan dia kelihatan tidak berdaya dan lemah.

    Azhan gigih daki Gunung Kinabalu dalam keadaan AMS. – mStar

    AMS ialah keadaan di mana penderitanya mengalami gejala ringan seperti sakit kepala dan loya selain pening, muntah, keletihan, kehilangan tenaga dan sesak nafas.

    Menerusi hantaran lain, Azhan turut melahirkan penghargaan kepada rakan kumpulannya.

    Kata Azhan, jika tidak kerana mereka dia mungkin mengambil keputusan berhenti mendaki ekoran masalah AMS dihadapinya.

    “Saksi AMS. Terima kasih Syafiq Eman, dari kilometer lapan dia yang bawa zombie ini sampai puncak,” luahnya.

    Dalam pada itu, Azhan berkongsi dia juga terpaksa melelapkan mata di sebalik batu semasa dalam perjalanan turun bagi menstabilkan keadaannya yang lemah.

    Namun dia bersyukur AMS dialaminya itu bukan kronik dan di tahap ringan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda