Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azhan tolak lakon watak penunggang agama

    Sinonim dengan watak Ustaz Hamadi menerusi drama Nur, pelakon Azhan Rani sudah bosan apabila sering ditawarkan karakter ‘penunggang agama’.

    Disebabkan itu, Azhan atau Azhan Abdul Rani, 49, akan menolak tawaran tersebut kerana sudah berjanji tidak akan lagi berlakon menjadi seorang ustaz.

    “Terus terang cakap, saya bosan dengan watak penunggang agama. Selepas drama Nur, terlalu banyak watak sama diterima hingga saya terpaksa tolak.

    “Saya sudah berjanji pada diri sendiri, tak mahu bawa watak ustaz kerana saya tak mahu watak Ustaz Hamadi terus melekat sampai bila-bila,” katanya kepada mStar.

    Azhan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Unifi TV Originals Ramadan Raya 2025 di The Boathouse, Ampang, Selangor pada Isnin.

    Dalam pada itu, Azhan memberitahu dia sering berharap akan diberikan watak yang dapat ‘membunuh’ watak Ustaz Hamadi.

    Malah dedahnya, dia juga pernah menolak tawaran membintangi drama Nur 2 namun akhirnya bersetuju selepas dipujuk dan permintaan ramai.

    “Saya tak nak habiskan sisa umur dengan satu watak sahaja. Pada usia yang hampir meniti senja saya nak cuba pelbagai watak tak pernah dibawakan.

    “Saya sampai minta pada Shahrulezad untuk cipta karakter baharu, itulah yang lahirnya drama Khunsa dan terbaharu, Seribu Tahun, watak yang semakin lama makin berat dan mencabar. – Agensi

    Azhan tolak tawaran berlakon watak ustaz. – myartist.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda