Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azimat scarab Mesir berusia 3,500 tahun ditemukan di tengah Israel

    BAITULMAQDIS, 29 NOV – Seorang kanak-kanak perempuan Israel berusia 12 tahun menemukan azimat berbentuk kumbang scarab Mesir berusia 3,500 tahun, menurut Pihak Berkuasa Antikuiti Israel (IAA) dalam satu kenyataan semalam.

    Azimat itu yang ditemukan kanak-kanak berkenaan semasa aktiviti mendaki bersama keluarga di bawah tapak purba Tel Qana di bandar Hod Hasharon, memaparkan dua kala jengking berdiri kepala ke ekor, lapor Xinhua.

    Menurut IAA, simbol kala jengking melambangkan dewi Mesir Serket, yang dianggap sebagai dewi pelindung, terutamanya dalam kehidupan selepas mati.

    Azimat itu turut mengandungi simbol nefer, yang dalam bahasa Mesir bermaksud ‘baik’ atau ‘terpilih’.

    Azimat sedemikian direka bentuk menyerupai kumbang tahi, yang dianggap suci di mata orang Mesir purba sebagai simbol kehidupan baharu.

    IAA menjelaskan azimat yang ditemukan di Israel itu, kadangkala digunakan sebagai meterai, bukti pemerintahan dan pengaruh budaya Mesir di rantau itu. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda