Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Azira Shafinaz jauhi media sosial, ingin turun berat badan

Cabaran menurunkan berat badan sebelum menjalani penggambaran drama terbaharu memberikan kesan besar kepada pelakon Azira Shafinaz sehingga dia berdepan gangguan emosi

Namun bagi Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 34, dia ada cara tersendiri agar situasi tersebut tidak menjejaskan tugas di lokasi atau memberi impak lebih buruk terhadap dirinya.

“Ketika penggambaran saya tidak banyak berkongsi di sosial media. Itu salah satu cara untuk kesihatan mental sendiri.

“Dalam keadaan tengah berdiet, emosi akan terganggu. Jika kita melihat orang lain gembira, takut saya yang terganggu nanti. Jadi sebab itu tak lihat sosial media.

“Bila buat cara sebegitu ia sangat membantu kerana saya tak fikir tentang orang lain. Hanya fokus kepada kerja di lokasi,” katanya kepada mStar.

Azira berjaya menurunkan berat badan sebanyak 4 kilogram daripada 54 kilogram sebelum ini demi menjayakan watak Intan dalam drama One Cent Thief musim kedua (OCT2) yang menjalani penggambaran pada Ogos tahun lalu.

Menurut Azira bukan mudah untuk dia mendapatkan berat badan serta penampilan yang dikehendaki produksi memandangkan dirinya gemar menikmati makanan.

Bagaimanapun demi tuntutan kerja dia sanggup melakukan apa sahaja kerana percaya penampilan itu dapat menghidupkan jalan cerita drama berkenaan.

“Dalam tempoh sebulan sebelum penggambaran saya turunkan berat badan dengan cara intermittent fasting dan aktiviti kickboxing. Di lokasi juga saya menjaga pemakanan.

“Susah nak berhenti makan nasi sebab saya seorang food lover. Namun itu adalah cabaran sebagai pelakon. Saya sanggup buat kerana ini adalah tuntutan produksi. – Agensi

Azira akui tidak mudah turunkan berat badan. – mStar
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda