Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azizulhasni perlu bersaing – Beasley

    KUALA LUMPUR, 20 APRIL – Pengarah Teknikal skuad berbasikak trek Malaysia, John Beasley berkata Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak akan menyertai acara individu pada Kejohanan Dunia 2025 di Santiago, Chile pada 15 hingga 19 Oktober depan.

    Sebaliknya, beliau berkata pelumba de-ngan julukan The Pocket Rocketman itu akan dipertimbangkan untuk menyertai acara pecut berpasukan.

    Bagaimanapun, Beasley berkata Mohd Azizulhasni perlu merebut tempat dalam pasukan secara merit.

    “Mohd Azizulhasni sedar bahawa beliau perlu berusaha sekuat mungkin untuk melayakkan diri menyertai pasukan.

    “Tiada tempat secara automatik buat dirinya dalam pasukan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) di Kuala Lumpur hari ini.

    Mohd Azizulhasni perlu bersaing dengan pelumba muda seperti Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Umar Hasbullah, Mohamad Akmal Nazimi Jusena selain Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhamad Ridwan Sahrom.

    Semalam, juara dunia keirin 2017 itu mengumumkan keputusan untuk meneruskan kayuhan bagi tempoh dua tahun akan datang dan bergerak secara profesional mewakili Team Azizul selepas Majlis Sukan Negara (MSN) menyalurkan geran individu sebanyak RM200,000 hingga 2026. – Bernama

    Datuk Mohd Azizulhasni Awang pada Sidang Media Khas Status Program Latihan Atlet Berbasikal Negara di Majlis Sukan Negara (MSN) pada 19 April. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda