Saturday, July 6, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Azrel Ismail tolak lamaran wanita bukan Melayu

    Mempunyai rupa paras yang kacak serta karier yang stabil, pelakon Azrel Ismail nampaknya lebih selesa hidup membujang walaupun pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita sebelum ini.

    Menjelaskan perkara itu, Azrel, 40, mendedahkan dia masih membujang bukan disebabkan tidak laku sebaliknya mengalami masalah kurang keyakinan diri.

    Dedahnya, seorang wanita pernah melamar untuk menjadi isterinya namun dia menolak selepas memikirkan banyak faktor termasuk individu tersebut bukan berbangsa Melayu.

    “Ada saja perempuan yang suka saya tapi saya rasa tak ‘ngam’ pula sebab dia pula terlalu cantik. Dia membuatkan saya berfikir sama ada saya sesuai atau tidak dengannya.

    “Dia bukan Melayu jadi saya terfikir sama ada dia okey dengan budaya kita. Macam mana pula pandangan ibu bapa saya,” katanya.

    Sikap banyak berfikir punca dirinya masih membujang. – mStar

    Menurut mStar, Azrel berkongsi perkara tersebut menerusi sedutan sesi podcast Girlmathpodcast yang dimuat naik di Instagram.

    Dalam pada itu, Azrel menerusi sedutan berbeza podcast tersebut menyifatkan sikap manja ditunjukkan segelintir pelakon wanita ketika berada di set penggambaran antara punca wujudnya cinta lokasi dalam kalangan selebriti Malaysia.

    Hasil pemerhatiannya mendapati perwatakan tersebut sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian pelakon lelaki yang bergandingan dengan mereka.

    “Selalunya saya dipasangkan dengan pelakon wanita dengan imej manis dan manja. Dari manja-manja itulah bermulanya cinta lokasi. Pelakon wanita sebenarnya yang memulakan cinta lokasi,” katanya.

    Azrel juga tidak menafikan perkara itu juga turut membuka ruang kepada ‘kecurangan’ di lokasi penggambaran.

    Pertahan Azrel, seorang lelaki tidak akan memulakan langkah sekiranya wanita tidak membuka ruang kepada mereka.

    “Di situlah bermulanya isu sondol-menyondol. Lelaki tak akan mulakan sekiranya wanita tak memberi ruang,” tuturnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...