Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    B-20: Pemain Uruguay, Venezuela buat hal

    SUWON, 11 Jun – Pemain Uruguay dan Venezuela terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel pada malam sebelum aksi final Piala Dunia Bawah 20 tahun (B-20), kata saksi kejadian kepada AFP.

    Dua pasukan itu bertemu pada aksi separuh akhir, Khamis lalu yang menyaksikan Venezuela menewaskan Uruguay menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.

    Bagaimanapun, pemain kedua-dua pasukan bertembung di Hotel Ramada Suwon sebelum bertengkar dan mencetuskan pergaduhan.

    Seramai 20 orang anggota polis Korea Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menenangkan situasi terbabit pada jam 9 malam dan menunggu selama tiga jam bagi memastikan keadaan terkawal.

    Empat orang anggota polis turut ditugaskan untuk mengawal hotel itu sepanjang malam.

    “Kami amat kesal dengan kejadian itu. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sentiasa menerapkan ‘fair play’ di dalam dan juga di luar padang,” kata jurucakap FIFA ketika diminta mengulas kejadian terbabit.

    Venezuela akan bermain menentang England, yang berharap untuk mengakhiri penantian selama 51 tahun untuk memenangi Piala Dunia hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda