Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    B. Grimm gesa percepat integrasi tenaga solar, hidro ASEAN

    KUALA LUMPUR, 17 OGOS – Asas bagi integrasi tenaga ASEAN sudah lama dibentuk, namun tumpuan yang lebih jelas dan tindakan yang lebih pantas diperlukan bagi melonjakkan tenaga boleh baharu (TBB) ke tahap seterusnya dengan memanfaatkan kekuatan setiap negara anggota, kata B. Grimm Power Public Company Ltd.
     
    B. Grimm merupakan konglomerat multinasional yang berakar umbi di Thailand selama 147 tahun yang mempunyai kedudukan kukuh di rantau ASEAN dengan operasi di Filipina, Kemboja, Vietnam dan Laos.
     
    Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif B. Grimm, Datuk Seri Harald Link menegaskan Laos mempunyai sumber tenaga hidro yang luas, manakala Malaysia pula mempunyai potensi tenaga solar yang banyak.
     
    Katanya, kedua-dua kelebihan ini perlu dimanfaatkan dengan lebih meluas melalui penubuhan rangkaian grid yang lebih kukuh dan saling berhubung dari pelbagai sumber.
     
    “Apabila kita melihat kepada grid ASEAN, setiap negara mempunyai kekuatan yang berbeza. Laos, sebagai contoh, merupakan satu-satunya negara di rantau ini yang mempunyai potensi tenaga hidro yang melimpah.
     
    “Jadi, masuk akal untuk Laos memanfaatkan kelebihan itu dengan mengeksport tenaga elektrik ke Thailand, Malaysia dan juga Singapura sekali gus menjana pendapatan. Namun, untuk itu berlaku, grid perlu disediakan dan sambungan antara negara perlu dinaik taraf,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini. – Bernama
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda