Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Babos, Mladenovic Juara Beregu Terbuka Australia

    MELBOURNE, 31 JAN – Timea Babos dan Kristina Mladenovic merangkul gelaran beregu wanita Terbuka Australia buat kali ke-2 dalam tempoh tiga tahun.

    Pasangan itu berjaya menewaskan pasukan beregu terbaik Hsieh Su-wei dari Taiwan dan Barbora Strycova 6-2, 6-1 semalam di bawah bumbung tertutup di Rod Laver Arena kerana cuaca panas yang melampau di Melbourne.

    Ini adalah perlawanan ketiga berturut-turut di Terbuka Australia untuk Babos dari Hungary dan Mladenovic dari Perancis, selaku bekas juara pada 2018 dan naib johan pada tahun lepas.

    Mereka juga memenangi Terbuka Perancis 2019 dan naib juara di Wimbledon pada 2014 dan Terbuka AS pada 2018.

    Babos dan Mladenovic berada dalam senarai sebagai satu pasukan, menamatkan tahun lalu dengan mempertahankan gelaran WTA mereka dengan kemenangan ke atas Hsieh dan Strycova di perlawanan akhir.

    Timea Babos dan Kristina Mladenovic bersama trofi juara beregu wanita Terbuka Australia selepas mengalahkan Hsieh Su-Wei dan Barbora Strycova (kanan) dalam kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne, Australia. – AP

    “Kami berdua kalah awal di kejohanan dalam perseorangan. Ia sukar kerana kami adalah pesaing dan ia tidak semestinya mudah untuk mengekalkan dan terus bekerja dan mempercayai,” kata Mdadenovic.

    “Ini permulaan musim baharu, jadi anda mengharapkan banyak daripada diri anda sendiri.

    Babos menyimpulkan kejayaan Melbourne Park me-reka dengan berkata: “Ada sesuatu tentang Australia dan gelanggang luar biasa yang kita cintai.”

    Hsieh dan Strycova, juara Wimbledon 2019, memenangi kejuaraan Brisbane pada awal bulan ini dan tidak pernah kalah dalam sembilan perlawanan sebelum ini pada tahun 2020.

    Babos dan Mladenovic hanya membuat empat kesilapan walaupun mendominasi perlawanan.

    Dengan cuaca panas suhu tertinggi hingga 110 darjah 43 Celsius, separuh akhir beregu campuran dan perlawanan akhir beregu wanita dimainkan di bawah bumbung tertutup di gelanggang utama di Melbourne Park.

    Pancutan air hujan sedikit membantu menurunkan suhu kepada kira-kira 100 darjah (40 C) pada waktu petang. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda