Sejak beberapa hari lalu kecoh di media sosial mendakwa penyanyi asal Amerika, Lady Gaga sedang berbadan dua.
Ia susulan tersebar foto perut penyanyi berusia 38 tahun itu yang kelihatan buncit atau baby bump ketika menghadiri majlis perkahwinan adiknya Natali Germanotta pada Ahad lalu.
Tampil menjelaskan kekeliruan itu, Gaga menyangkal dakwaan dia sedang berbadan dua seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini.
Menggunakan lirik lagu Taylor Swift, Down Bad, Gaga sebaliknya menggambarkan berat badannya meningkat disebabkan sudah lama tidak bersenam.
“Tak mengandung, hanya menangis di gim,” tulisnya di Instastory.
Memetik laporan mStar, khabar angin mengenai kehamilan penyanyi lagu Bad Romance itu lebih hangat apabila Gaga dilihat memakai sebentuk cincin permata pada jari manisnya.
Ramai menyangka dia dan teman lelakinya iaitu Michael Polansky sudah mengikat tali pertunangan selepas empat tahun bercinta. – Agensi