Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Baby Shima jadi mangsa buli siber

    Nama penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima hangat diperkatakan apabila mengambil tindakan berani dengan memfailkan saman terhadap pendakwah bebas, PU Syed dan juga Ketua Pemuda PAS Kuantan baru-baru ini.

    Terbaharu, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli sekali lagi menjadi mangsa buli siber apabila ada individu mengkafirkan pelantun lagu Pura-Pura Bujang itu.

    Menurut BH Online, Baby Shima tampil memuat naik tangkap layar yang memaparkan kenyataan yang dibuat individu tersebut di Instagram, semalam.

    Tambah Baby Shima, dia berharap agar dapat bersabar atas tindakan yang dilakukan individu tersebut dan hanya menunggu nasihat daripada peguam.

    Posting seperti ini adalah contoh cara dakwah yang sangat baik dengan mengkafirkan saya.

    “Semoga saya dilembutkan hati tidak mengambil tindakan terhadap individu bernama Abdullah Munawwier atau Abdullah Mujahir ini.

    “Bimbang juga nanti dikatakan saya melawan orang ‘berdakwah’,” tulisnya.

    Menerusi kenyataan yang dibuat individu tersebut, dia dengan berani mendakwa Baby Shima seorang yang kafir dan neraka adalah tempat selayaknya buat penyanyi tersebut.

    Terdahulu, Baby Shima memfailkan saman terhadap dua individu selepas dituduh ‘menjual agama’ apabila namanya diumumkan sebagai artis undangan satu acara di Kuantan, Pahang yang kebetulan berlangsung pada hari sambutan Israk dan Mikraj. – Agensi

    Susulan failkan saman terhadap dua individu, Baby Shima terus mendapat kritikan warganet. – Kosmo
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...