Friday, April 18, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BAC 2025: Sze Fei-Nur Izzuddin mula langkah kanan

    KUALA LUMPUR, 9 APRIL – Beregu utama lelaki Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China hari ini.

    Pilihan pertama kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan gandingan Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-18 dan 21-16.

    Sze Fei-Nur Izzuddin akan bertemu pemenang antara Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh dari Thailand atau Jumar Al-Amin-Moajjam Hossain Ohidul dari Bangladesh pada perlawanan seterusnya.

    Satu lagi pasangan beregu lelaki Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut mara hasil kemenangan 21-14, 21-12 ke atas wakil Hong Kong Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi.

    Mereka akan membuat perhitungan menentang satu lagi gandingan Hong Kong Hung Kuei Chun-Lui Chun Wai atau Liu Kuang Heng-Yang Po Han dari Taiwan.

    Terdahulu, pemain perseorangan profesional wanita Malaysia, Goh Jin Wei turut melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Taiwan Sung Shuo Yun 21-16, 21-13 dalam tempoh 41 minit.

    Menanti bekas juara remaja Asia itu pada pusingan kedua ialah pemain Thailand Supanida Katethong.

    Seorang lagi pemain profesional wanita Malaysia, Wong Ling Ching yang membuat penampilan sulung pada kejohanan itu bagaimanapun terpaksa akur apabila terkandas pada pusingan pertama selepas tewas kepada wakil Indonesia Komang Ayu Cahya Dewi 17-21, 21-16, 17-21.

    Perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao pula ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Taiwan Lin Chun Yi dengan kekalahan 11-21 dan 19-21. – Bernama

    Goh Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin dari Malaysia melakukan balasan terhadap Chirag Shetty dan Satwiksairaj Rankireddy dari India semasa perlawanan separuh akhir beregu lelaki di kejohanan badminton India Open 2025 di New Delhi pada 18 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda