Monday, March 31, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bacaan ayat suci Al-Quran terus semarak bulan rahmat

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Meskipun bulan Ramadan sudah memasuki minggu terakhir, umat Islam di negara ini terus menyemarakkan bulan rahmat ini dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

    Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Hanching telah meraikan peserta yang menyertai ibadah bertadarus sepanjang malam bulan suci Ramadan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Hanching, baru-baru ini.

    Majlis telah dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan disusuli dengan bacaan Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas yang dikepalai oleh Ketua Imam Masjid Kampung Sungai Hanching, Haji Abdul Malik bin Haji Jumaat yang juga membaca Doa Khatam dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Majlis dimeriahkan dengan dikir marhaban oleh jawatankuasa takmir masjid, Muslimah, peserta khatam dan para jemaah.

    Sementara itu, Yang Berhormat Pehin juga menyampaikan sumbangan penghargaan kepada peserta-peserta yang menyertai tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan di masjid berkenaan.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi menyampaikan sumbangan penghargaan kepada peserta. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda