Friday, February 7, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bacaan IPU Sarawak sederhana

    KUCHING, 1 OGOS – Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak menunjukkan bacaan sederhana setakat 3 petang ini.

    Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan-kawasan di Sarawak menunjukkan bacaan IPU sekitar 60 hingga 86.

    Antara kawasan yang mencatatkan IPU tertinggi ialah Kuching dengan 86, Mukah (84) dan Sri Aman (81).

    Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

    Pada 6 petang semalam, bacaan IPU di kawasan bandar Kuching telah mencecah 100. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda