Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bacaan Surah Al-Kahfi imarahkan masjid

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Untuk mencapai visi dan misinya menjadi pusat ibadah dan perkembangan ilmu bagi membentuk masyarakat yang bertakwa (berilmu, beriman dan beramal soleh) ke arah mencapai hasrat Negara Zikir, Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB) telah mengadakan bacaan Surah Al-Kahfi beramai-ramai, hari ini.

    Majlis mingguan yang diadakan sejurus selepas menunaikan solat Fardu Subuh itu disertai oleh lebih 70 orang jemaah.

    Antara yang menyertai majlis penuh berkat berkenaan ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Turut serta dalam majlis itu ialah Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda