Tuesday, October 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Badak air terancam bahaya maut

    MAUN, 28 APRIL – Sekumpulan badak air terancam yang terperangkap dalam lumpur kolam yang kering berada dalam bahaya maut di Botswana yang dilanda kemarau, kata pihak berkuasa pemuliharaan kepada AFP, Jumaat lalu.

    Afrika Selatan telah terjejas oleh kemarau ekstrem, disebabkan fenomena cuaca El Nino, yang telah mengancam hasil tuaian dan menjerumuskan berjuta-juta ke dalam kelaparan.

    Beberapa buah negara di rantau itu baru-baru ini telah mengisytiharkan bencana negara.

    Berhampiran tanah lembap yang luas di Delta Okavango di utara Botswana, Sungai Thamalakane yang kering telah memaksa kumpulan badak air untuk menuju ke rizab air semula jadi yang berhampiran dengan bandar pelancongan Maun.

    “Sistem sungai menjadi kering dan haiwan-haiwan terjejas,” kata jurucakap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (DWNP) di Gaborone, ibu negara Botswana, Lesego Moseki.

    Sekumpulan badak air berada dalam bahaya kematian kerana kolam di Botswana kering pada 25 April. – AFP

    Botswana adalah rumah kepada salah satu populasi badak air terbesar di dunia yang hidup liar, dianggarkan antara 2,000 dan 4,000 oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN).

    “Tumbuhan sungai adalah sedikit dan badak air di Ngamiland (daerah barat laut) bergantung kepada air yang mengalir melalui sistem Delta Okavango,” tambah Moseki.

    Mereka masih meneliti berapa banyak badak air telah mati di kolam itu, katanya.

    Badak air mempunyai kulit yang tebal tetapi sensitif, bermakna ia perlu kerap mandi untuk mengelakkan selaran matahari dan biasanya tinggal di kawasan lembap.

    Tanpa air, ia boleh menjadi agresif dan mendekati kampung.-kampung. Pihak berkuasa tempatan menyeru agar badak air dipindahkan ke rizab untuk mengelakkan konflik dengan manusia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda