Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Badak air Thai rai ulang tahun pertama

    CHONBURI, 10 JULAI – Badak air Thailand, Moo Deng, menyambut hari lahirnya yang pertama hari ini, menarik ramai peminat tegar untuk melihat anak haiwan comel yang terkenal melalui internet di seluruh dunia itu.

    Orang ramai dijangka hadir pada festival empat hari di Zoo Terbuka Khao Kheow di mana Moo Deng – terkenal dengan telatahnya dan mempunyai lima juta pengikut di media sosial.

    Hari pertama sambutan itu jatuh pada cuti umum Thai dengan agenda termasuk taklimat mengenai tingkah laku Moo Deng,” manakala seorang jurusolek penjagaan kulit membayar AS$3,000 untuk menaja kek hari jadinya yang dihiasi dengan buah-buahan.

    Kira-kira 100 peminat berkumpul di luar kandangnya pagi tadi – kurang daripada jumlah semasa kemasyhurannya, tetapi masih bersemangat dengan sambutan itu.

    Jennifer Tang mengambil cuti seminggu di Malaysia untuk membuat lawatan, berkata kepada AFP dia berasa sedikit teruja dengan anak badak yang disifatkannya sebagai comel dan mempunyai pelbagai telatah.

    Gambar fail bertarikh 15 September 2024 menunjukkan Moo Deng, di Zoo Terbuka Khao Kheow di wilayah Chonburi. – AFP

    “Ia sangat istimewa buat saya, ia membuatkan saya gembira,” katanya. Tang menegaskan Moo Deng sangat aktif dan kelakar walaupun semakin matang.

    “Lihat orang ramai yang hadir pada hari ini – ia masih menjadi legenda,” katanya kepada AFP.

    Moo Deng telah membesar daripada lima kilogram semasa dilahirkan kepada 93 kilogram hari ini.

    Ia menghabiskan masa bagi sambutan hari jadinya dengan berada di dalam kandangnya, mengunyah buah-buahan dan sayur-sayuran.

    “Moo Deng dulunya sangat nakal dan melompat-lompat sepanjang masa,” kata salah seorang daripada enam pengendalinya, Attaphol Nundee. “Sekarang ia hanya makan dan tidur,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda