KUALA LUMPUR, 24 NOV – Badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia telah mati, kata pegawai hidupan liar hari ini.
Pernah ditemui di timur India dan seluruh Malaysia, badak sumbu Sumatera hampir-hampir pupus, dengan kurang 80 ekor yang tinggal, menurut Tabung Hidupan Liar Dunia.
Hanya segelintir daripada haiwan tersebut yang masih tinggal di hutan Indonesia.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga memberitahu AFP badak sumbu betina berusia 25 tahun yang bernama Iman mati di pulau Borneo akibat kanser.
“Ia mula mengalami kesakitan teruk daripada tekanan ketumbuhan,” kata Tuuga.
“Saya fikir kami boleh mengesahkan badak sumbu Sumatera kini sudah pupus di Malaysia,” tambah beliau.
Badak sumbu jantan terakhir di Malaysia mati pada Mei tahun ini. Tam juga tinggal di hutan simpanan yang sama dengan Iman di pulau Borneo di negeri Sabah, Malaysia.
John Payne, pengarah Perikatan Badak Sumbu Borneo berkata badak sumbu Sumatera telah terjejas teruk oleh faktor termasuk perubahan iklim dan pemburuan untuk ubat tradisional China. – AFP
