Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Badan Aisha Retno kurus sebab pakai pendakap gigi

    Wajah penyanyi Aisha Rento menjadi perhatian ramai apabila dikatakan semakin cengkung sehingga ada yang mendakwa ia akibat kesan pengambilan barang terlarang.

    Menjawab perkara itu, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 23, berkata penggunaan pendakap gigi membuatkan wajahnya berubah selain dirinya kurang makan.

    Memetik laporan mStar, Aisha berkata beliau juga mula menjaga pemakanan sejak melayakkan diri dalam separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 pada hujung Disember tahun lalu.

    “Tak ada ambil apa-apa pun, saya okay saja. Mungkin kesan saya kurang makan kerana saya memakai pendakap gigi.

    “Saya tahu ada peminat yang tanya kenapa muka saya cengkung sampai tuduh saya ambil barang terlarang,” katanya kepada mStar.

    Berkongsi mengenai persediaan ke pentas Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), Aisha berkata beliau melakukan pelbagai kejutan untuk peminatnya pada malam itu.

    “Insya-Allah saya akan bawa 30 orang penari untuk sama-sama di atas pentas… lain-lain saya masih nak rahsiakan lagi.

    “Saya pun ada gimik yang saya pun takut nak buat. Agak tertekan sebab ini kali pertama saya sertai jadi banyak benda nak buat,” katanya lagi.

    Malah Aisha mengakui persediaannya ke pentas AJL38 pada 3 Mac nanti itu terganggu apabila kakinya tercedera akibat melakukan senaman berlebihan.

    Namun beliau berharap kecederaan tersebut tidak serius dan kembali pulih dengan segera.

    “Saya sebenarnya dah terkandas sikit dari fizikal saya… sebab saya buat senaman secara berlebihan jadi otot itu macam pecah.

    “Jadi bahagian kaki saya ada sedikit terjejas tapi saya harap ia akan sembuh pada hari itu nanti. Ambil masa yang agak lama juga nak sembuh,” luahnya. – Agensi

    Aisha Retno sangkal dakwaan ambil bahan terlarang. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...