Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Badan Cardi B langsing rajin pakai bengkung

    Tidak sampai sebulan bersalin, penyanyi rap Cardi B dilaporkan melakukan pembedahan membuang lemak bagi mengurangkan berat badan dengan cepat.

    Penampilan Cardi yang langsing ketika menghadiri Minggu Fesyen Paris yang berlangsung pada 23 September lalu disifatkan sebagai tidak masuk akal.

    Warganet tidak percaya Cardi mampu mendapatkan bentuk tubuh langsing dalam tempoh singkat apatah lagi selepas melahirkan anak pada 8 September lalu.

    Menafikan tuduhan tersebut, Cardi sebaliknya menjelaskan saiz pinggangnya mengecil selepas mengamalkan memakai bengkung.

    “Awda semua kena tenang, macam inilah bentuk badan saya sebelum mengandung.

    “Dalam gambar ini, pinggang saya nampak langsing sebab rajin pakai bengkung. Memang awda semua tak pakai otak bila berfikir?

    “Baru beberapa hari lepas awda puji bentuk badan saya. Awak rasa saya ada masa nak buat pembedahan dalam tempoh dua hari?,” ujarnya memetik laporan mStar.

    Untuk rekod, Cardi berkahwin dengan penyanyi rap iaitu Offset pada September 2017 dan pasangan itu sedang dalam proses bercerai.

    Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata. – Agensi

    Cardi berang apabila ada yang menuduhnya membuat pembedahan plastik. – allure
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda