Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Badan kurus dipersenda

    Gara-gara memiliki tubuh yang dikatakan terlalu kurus, pelakon, Mimi Lana, mengakui dirinya sering dipersendakan warganet.

    Akui terbuka menerima komen netizen, Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 24, bagaimanapun pelik apabila segelintir pihak terlalu risau dengan susuk badannya.

    “Bukan sahaja mereka yang berbadan gempal, orang kurus macam saya pun dipersendakan. Tetapi, saya tidak mempunyai masalah dengan komen sebegitu.

    “Cuma, segelintir pihak seperti terlebih prihatin apabila melihat tubuh saya begini. Mereka memberikan komen berbaur kesedihan dan terkejut melihat keadaan diri saya.

    “Kadang-kadang saya sendiri tak faham, bentuk tubuh macam mana yang mereka anggap sihat?” katanya kepada media.

    Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Cari Aku Di Syurga itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Pusaka.

    Dalam naskhah bercorak seram yang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 31 Oktober depan itu, dia berlakon di samping Syafiq Kyle, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi dan Sweet Qismina.

    Mimi berkata, tubuhnya semakin mendapat perhatian warganet apabila dia kehilangan enam kilogram bagi menjayakan watak dalam filem terbabit.

    “Biasanya, berat saya sekitar 49 kilogram. Pengarah filem ini, Razaisyam Rashid, bagaimanapun mahu saya kelihatan polos, tanpa perlu sebarang solekan tambahan, bagi menampakkan wajah cengkung. – Agensi

    Mimi berkata, tubuhnya semakin mendapat perhatian warganet apabila dia kehilangan enam kilogram bagi menjayakan watak dalam filem terbabit. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda