PARIS, 24 JULAI – Dua badan induk yang mewakili pemain bola sepak dan kelab bola sepak di Eropah memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Eropah menuduh FIFA menyalahgunakan kedudukannya.
Badan induk dunia bola sepak telah mengambil ‘keputusan satu pihak’ dengan ‘melanggar undang-undang pertandingan Kesatuan Eropah (EU) termasuk penyalahgunaan kuasa’, FIFPro Europe dan badan Liga Eropah berkata dalam satu kenyataan, kelmarin.
FIFPro merupakan kesatuan pemain global manakala badan Liga Eropah pula merupakan badan yang menghimpunkan lebih 1,000 kelab dari 33 buah negara di seluruh Eropah di mana ahlinya terdiri daripada Liga Perdana Inggeris termasuk liga di Itali, Jerman dan Perancis.
Mereka berkata tindakan FIFA berhubung kalendar perlawanan antarabangsa telah memudaratkan kepentingan ekonomi liga kebangsaan dan kebajikan pemain di samping berpendapat peranan FIFA sebagai pengawal selia dan penganjur pertandingan adalah berasaskan kepentingan semata-mata.
FIFA dituduh gagal untukberunding mengenai perubahan terkini pada kalendar, seperti pengenalan Kelab Piala Dunia 32 buah pasukan. – AFP
