Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Badan pemantau EU sokong vaksin RSV

    PERANCIS, 27 APRIL – Badan pemerhati dadah Kesatuan Eropah telah mengesyorkan kelulusan vaksin syarikat farmaseutikal GSK terhadap virus pernafasan RSV bagi orang yang berusia lebih 60 tahun, kata firma Britain itu hari ini.

    Buat masa ini tiada suntikan yang diluluskan untuk virus biasa, yang menyebabkan simptom seperti selsema dalam kebanyakan kes tetapi boleh menjadi serius bahkan boleh membawa maut kepada orang tua yang mudah terdedah.

    Walau bagaimanapun, firma farmasi termasuk GSK, Pfizer dan Moderna semuanya telah membangunkan vaksin terhadap virus pernafasan syncytial (RSV) yang diharapkan akan menerima kelulusan.

    Jika diluluskan, suntikan GSK mempunyai “potensi untuk menjadi vaksin pertama yang tersedia untuk membantu melindungi orang dewasa yang lebih tua daripada penyakit RSV,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

    Agensi Ubat Eropah mengatakan bahawa jawatankuasa ubat manusia memberikan penilaian positif terhadap vaksin tersebut berdasarkan hasil percubaan yang melibatkan 25,000 peserta di 17 negara.

    Keputusan menunjuk-kan bahawa vaksin itu adalah 83 peratus berkesan untuk melindungi daripada penyakit berkaitan RSV bagi orang berusia 60 tahun ke atas, dengan kesan sampingan yang umumnya ringan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda