Wednesday, January 15, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Badan pemerhati kewangan beri amaran kepada pelanggan Venmo

    NEW YORK, 2 JUN – Pelanggan Venmo, PayPal dan CashApp tidak seharusnya menyimpan wang mereka dengan aplikasi tersebut untuk jangka panjang kerana dana mungkin tidak selamat semasa krisis, Biro Perlindungan Kewangan Pengguna memberi amaran, kelmarin.

    Amaran itu dikeluarkan beberapa minggu selepas kegagalan Silicon Valley Bank, Signature Bank dan First Republic Bank, yang kesemuanya mengalami pengaliran keluar dana secara besar-besaran oleh pelanggan yang bimbang dengan deposit tidak diinsurankan.

    Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan menginsuranskan akaun bank sehingga AS$250,000. Tetapi wang yang disimpan dalam Venmo atau CashApp atau Apple Cash tidak disimpan dalam akaun bank tradisional. Jadi, jika terdapat krisis yang serupa dengan apa yang dialami oleh bank dengan aplikasi pembayaran tersebut, dana tersebut mungkin tidak dilindungi. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda