Thursday, February 27, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Badan Selena Gomez semakin langsing

    Penyanyi Selena Gomez mencuri perhatian ramai dengan penampilannya di Anugerah Screen Actors Guild (SAG) 2025 yang berlangsung pada Ahad lalu.

    Selena, 33, mengenakan gaun satin biru tua off-the-shoulder rekaan Celine yang menyerlahkan keanggunannya di karpet merah.

    Memetik laporan mStar, selain fesyennya yang menawan, perubahan fizikalnya kelihatan lebih langsing menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat dan media.

    Ramai terkejut melihat tubuhnya semakin kurus dengan spekulasi mengenai diet dan gaya hidupnya mula tersebar di media sosial.

    Pun begitu, warganet memberikan pujian dengan menyatakan bahawa Selena kelihatan lebih sihat dan bertenaga berbanding sebelum ini.

    Namun, ada juga yang menyuarakan kebimbangan bahawa tekanan industri hiburan mungkin mempengaruhi perubahan fizikalnya.

    Dalam perkembangan lain, Selena menerima anugerah bagi kategori Persembahan Cemerlang oleh Ensemble dalam Siri Komedi untuk Only Murders in the Building. – Agensi

    Perbezaan Selena pada 2025 (kiri) dan 2024 (kanan). – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda