Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Badan semakin berisi, makanan buat Alya gembira

    Sejak kebelakangan ini penampilan pelakon Malaysia, Alya Iman menjadi perhatian ramai apabila bentuk tubuhnya kelihatan berisi berbanding sebelum ini.

    Mengakui akan perkara itu, Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 24, berkata berat badannya kini hampir mencecah 70 kilogram.

    Tidak menghiraukan kecaman warganet, Alya sebaliknya lebih mengutamakan kesihatan mental berbanding pandangan orang mengenai penampilannya.

    “Ramai kecam saya sebab berat badan naik dan nampak berisi. Pengarah pun ada tegur kata saya semakin gemuk.

    “Sebagai artis saya sedar kena jaga penampilan kerana kita umpama satu karya seni yang ingin ditunjukkan kepada masyarakat.

    Alya utamakan kesihatan mental. – mStar

    “Saya lebih pentingkan kesihatan mental saya dan makan pula buatkan saya gembira,” katanya kepada mStar.

    Alya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi dan majlis berbuka puasa Star Powerhouse di Hotel St Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

    Dalam pada itu, Alya memberitahu tahun lalu dia mengalami masalah kesihatan mental yang agak teruk disebabkan kehilangan rakan baiknya.

    Disebabkan itu juga dia terpaksa menghabiskan masa selama lima bulan bagi memulihkan diri dan tidak bekerja.

    “Tahun lepas saya melalui pelbagai dugaan seperti mengalami tekanan dan kemurungan.

    “Tambah pula rakan baik saya meninggal dunia, jadi selama lima bulan saya tak kerja dan hanya duduk di rumah,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda