Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Badan Tanmiah bina rumah Baitulmal dua tingkat

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Sebagai salah satu rancangan pelan strategik pelaburan, Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam (Badan Tanmiah) telah mengadakan majlis mendirikan tiang asas bagi projek pembinaan rumah dua tingkat di atas tanah milik Baitulmal 4825, Simpang 1023, Kampung Tanah Jambu yang berlangsung hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi mendirikan tiang asas rumah berkenaan ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan selaku Naib Yang Dipertua dan Pengerusi Lembaga Pengarah Badan Tanmiah.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah ahli-ahli Badan Tanmiah, pengarah serta pegawai-pegawai dan kakitangan badan tersebut.

    Pembinaan rumah itu dijangka siap dalam masa sembilan bulan bertepatan dengan misi Badan Tanmiah dengan maksud menjana pendapatan yang tetap yang menjurus kepada pembangunan sosio-ekonomi umat islam di Negara Brunei Darussalam.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim menyempurnakan majlis mendirikan tiang asas rumah kelmarin. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda