Sunday, February 9, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baden ‘bapa segala swafoto’

    BOSTON, 23 Feb – Sebelum ia digelar selfie (swafoto), Karl Baden telah merakamkan gambar ringkas hitam dan putih dirinya. Kemudian dia melakukannya setiap hari bagi tempoh tiga dekad.

    Projek “Setiap Hari” Baden secara rasmi berusia 30 tahun hari ini dan dia mengatakan dia tidak berhasrat untuk berhenti. Ribuan gambar yang menggambarkan kehidupan dan penuaan itu telah menyebabkan beberapa orang menggelar profesor di Boston College itu sebagai “Bapa segala swafoto.”

    Penduduk Cambridge berusia 64 tahun itu merungut dengan perbandingan wajah-wajah swafoto yang menghiasi Instagram dan Facebook. Namun beliau mengakui keleluasaan daripada swafoto, satu perkataan yang tidak meluas sehingga pada dekad ini telah membantu meningkatkan profil projek berkenaan yang telah dipamerkan di galeri-galeri seni di Boston, Bandar New York dan tempat-tempat lain sepanjang tahun.

    “Jika ia bukan disebabkan kegilaan swafoto, Saya mungkin tidak akan dikenali,” seloroh Baden pada minggu ini. “Seperti apa yang telah saya jangkakan.”

    Apa yang membuatkan projek ini menjadi ialah ia mencerminkan satu jumlah tema universal, daripada kematian ke obsesi manusia dengan mengabadikan dirinya dalam beberapa cara, kata Howard Yezerski, pemilik galeri Boston yang telah mempamerkan projek itu dalam dua acara.

    Antara koleksi gambar swafoto Karl Baden yang bermula dari tahun 1987. – AFP
    Antara koleksi gambar swafoto Karl Baden yang bermula dari tahun 1987. – AFP

    “Ia kedua-duanya peribadi dan universal pada masa sama,” katanya. “Dia merekodkan satu kehidupan atau sekurang-kurangnya satu aspek daripadanya yang kita boleh kaitkan kerana kita semua dalam situasi yang sama. Kita semua akan mati.”

    Robert Mann, pemilik galeri Bandar New York yang mempamerkan kerja Baden pada ulang tahun ke-10nya, berkata dia kagum dengan bagaimana Baden mengabadikan diri dengan kerjanya. “Menyaksikan Karl menua di depan kamera adalah satu penghormatan,” katanya.

    Baden secara senyap melancarkan projeknya pada 23 Februari 1987, sehari selepas Andy Warhol meninggal dunia dan hampir dua dekad sebelum Facebook wujud. Dia cuba untuk kekal setia pada imej pertamanya, mengayakan dengan ekspresi sama dan menggunakan kamera 35mm, tripod, latar dan lampu yang sama. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda