LONDON, 26 April – Pemain midfield England, Alex Oxlade-Chamberlain semalam berkata dia ‘kecewa’ kerana terpaksa diketepikan dari Piala Dunia dengan kecederaan lutut yang dialaminya semasa pertembungan Liga Juara-Juara menentang Roma kelmarin.
Oxlade-Chamberlain diusung keluar pada pertengahan separuh masa pertama dalam kemenangan separuh akhir pertama dengan keputusan 5-2 ke atas Roma.
“Jelas mengecewakan menerima kecederaan ini di saat-saat penting musim ini,” jelas Oxlade-Chamberlain.
“Kini saya tidak lagi dapat memainkan sebarang peranan dalam persaingan Liga Juara-Juara untuk Liverpool, dan juga Piala Dunia bersama pasukan England.”
Oxlade-Chamberlain menjalani imbasan semalam yang mendedahkan kecederaan ligamen, walaupun kelab tersebut tidak meletakkan rangka masa berapa lama dia tidak akan beraksi.

“Saya akan memberikan segala yang ada untuk memastikan saya kembali secepat mungkin,” tambah pemain berusia 24 tahun itu.
Bekas bintang Arsenal, Oxlade-Chamberlain tidak berkesempatan untuk beraksi pada kejohanan-kejohanan antarabangsa akibat kecederaan lutut pada asa lalu, tidak beraksi dalam Euro 2016 kerana kegagalan untuk beraksi pada Piala Dunia 2014 selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan pemanasan. – AFP