Badi malang Arsenal

LONDON, 6 DIS – Arsenal mengalami kekalahan berterusan selepas tewas 2-1 kepada Brighton, kelmarin dalam perlawanan pertama kendalian ketua jurulatih Freddie Ljungberg di laman sendiri.

Neal Maupay mengecewakan tuan rumah dengan gol lewat di Emirates memberikan kekalahan berturut-turut Arsenal bagi sembilan perlawanan, satu situasi yang buruk berlaku sejak 1977.

Ljungberg dilantik sebagai pengendali sementara Arsenal berikutan pemecatan Unai Emery minggu lepas selepas perlawanan pada hujung minggu lalu di Norwich disusuli oleh prestasi buruk apabila Brighton memperoleh kemenangan pertama menentang Gunners.

Gol kedua Adam Webster untuk musim ini memberikan pasukan Graham Potter layak mendahului separuh masa pertama perlawanan, sebelum Alexandre menyamakan kedudukan dengan melakukan tandukan lima minit selepas rehat.

Arsenal yang terdesak untuk memperoleh kemenangan dikecewakan selepas Maupay berjaya menambah jaringan pada minit ke-80, sekali gus memusnah harapan tuan rumah.

Kekalahan ini menjadikan Arsenal duduk di tangga ke-10 selepas 15 perlawanan, 10 mata ketinggalan daripada empat teratas liga. – AP

Neal Maupay (dua kiri) menjaringkan gol pada perlawanan antara Arsenal dan Brighton dalam Liga Perdana Inggeris. – AP