Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Badi Wembley hantui Spurs

    LONDON, 28 Ogos – Chris Wood telah menjaringkan gol pertamanya untuk Burnley untuk menyelamatkan kedudukan seri 1-1 dalam persaingan Liga Perdana menentang Tottenham Hostpur di Stadium Wembley.

    Spurs kelihatannya dalam laluan bagi kemenangan pertama sejak berpindah sementara ke Wembley sementara White Hart Lane menjalani pembinaan semula apabila Dele Alli memberikan mereka pendahuluan di separuh masa kedua.

    Tetapi Wood menemui sasaran dua minit sebelum perlawanan berakhir bagi membolehkan Burnley meraih satu mata, bermakna Tottenham hanya dua daripada 12 perlawanan mereka di stadium kebangsaan itu sejak ia dibuka semula pada tahun 2007.

    Spurs kelihatannya sudah melakukan secukupnya sebagai tindak balas terhadap kekalahan minggu lepas kepada Chelsea, tetapi ia masih jauh daripada persembahan bola sepak yang dijangkakan para penyokong di bawah kendalian Mauricio Pochettino.

    Reaksi penyerang Spurs, Harry Kane ketika para pemain Burnley meraikan jaringan lewat perlawanan bagi menjadikan kedudukan 1-1 di Wembley. – AP

    Tottenham bermain tanpa Victor Wanyama kerana mengalami kecederaan lutut, sementara Son Heung-Min diturunkan, manakala penandatangan rekod kelab, Davinson Sanchez berada di bangku simpanan meskipun sudah menerima permit kerja dan kebenaran antarabangsa.

    Alli menyudahkan jaringan daripada sepakan sudut Eriksen pada minit ke-49 selepas Ben Mee gagal mengeluarkan bola dan percubaan awal pemain tengah England itu melantun semula terkena rakan sepasukannya, Mousa Dembele.

    Wood, yang dibeli dari Leeds United, dengan tenang menyudahkan hantaran jauh Brady bagi memastikan Burnley pulang dengan satu mata dan mencetuskan bunyi ejekan daripada sejumlah 67,862 penyokong di Wembley. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda