KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Peminat badminton berpeluang menyaksikan ulangan final badminton pasukan wanita di Sukan SEA Singapura antara Malaysia dan Thailand pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017). Hanya tinggal selangkah lagi buat pasukan wanita negara merampas kembali kilauan emas yang menjadi milik Thailand apabila tewas 0-3 di Stadium Tertutup Singapura, dua tahun lepas.