Pasukan Harmoni Veteran (HV) pengguna Dewan SATENAGA Tanjong Nangka mengadakan perlawanan persahabatan badminton dengan pasukan badminton IkliMega Labuan baru-baru ini.
Perlawanan diadakan di Dewan Perbadanan Labuan. Pasukan HV membawa ahli seramai 18 orang yang diketuai oleh Haji Jofri bin Haji Sahat dan pasukan IkliMega Labuan diketuai oleh Haji Emran bin Haji Jinin.
Perlawanan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim khususnya kedua-dua pasukan yang berjiran. – Gambar serahan Pasukan HV


