Pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) pada 11 Jun 2023 telah mengadakan perlawanan badminton persahabatan dengan Pasukan Badminton Veteran Sundar, Sarawak, Malaysia.
Pasukan BVBC diketuai oleh Haji Mohd Alidin bin Haji Kura dan Pasukan Sundar diketuai oleh Haji Bolhassan bin Haji Damit. Tujuan perlawanan diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara para pemain.
Perlawanan diadakan di Dewan Masyarakat Sundar, Sarawak. – Gambar serahan BVBC


