Para pemain Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) Cawangan Airport bergambar ramai selepas mengadakan sesi perlawanan persahabatan badminton yang berlangsung baru-baru ini.
Perlawanan tersebut bertujuan mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan di samping memperkukuh hubungan kerja antara kedua-dua agensi yang memainkan peranan penting dalam operasi di kawasan lapangan terbang.


