Oleh Imelda Groves HA
TUTONG, 5 Nov – Seramai 39 orang pemain badminton telah menyertai Perlawanan Badminton anjuran Majlis Perundingan Kampung Penabai Kuala Tutong sempena memperingati Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta di Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong baru-baru ini.
Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh gandingan Mohammad Nor bin Jokni dan On Swee Ching, tempat kedua disandang oleh Yahya bin Abidin dan Zahrini bin Shahbudin dan pemenang ketiga diraih oleh Mulyadi Dalimun dan Lim Eng Kiat.
Penyampaian hadiah untuk para pemenang disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Mumin bin Abdul Razak selaku tetamu kehormat. Kesemua hadiah-hadiah disumbangkan oleh Joseph Wong, salah seorang pemain yang menyertai perlawanan tersebut.
Perlawanan tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan pemain-pemain dan secara tidak langsung menyokong gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.