Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Badudun, bermain sebagai kaedah pembelajaran kreatif

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPTEMBER – Program Ilal Majdi Wal ‘Ula (Ke Arah Ketinggian dan Kemuliaan) dengan tema PSR SIUK: Badudun dan Bermain telah diungkayahkan oleh Sekolah Arab Temburong di Dewan Besar sekolah berkenaan kelmarin.

    Hadir memeriahkan program tersebut ialah Pemangku Ketua Bahagian Sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Hajah Susilawati binti Haji Muhammad selaku tetamu khas.

    Program berkenaan diadakan ke arah menyokong Matlamat Wawasan Brunei 2035 untuk melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, di samping sebagai inisiatif Jabatan Pengajian Islam dalam meningkatkan kemahiran pelajar menghadapi peperiksaan awam.

    Antara objektifnya ialah meningkatkan penguasaan pelajar terhadap isi pelajaran serta mempelbagaikan kaedah pembelajaran berkesan. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir secara spontan dan kreatif, memupuk semangat kerjasama serta persaingan sihat, memperkukuh keyakinan diri menghadapi cabaran masa depan, di samping menyemai semangat kecemerlangan bukan sahaja dalam aspek duniawi tetapi juga ukhrawi berlandaskan ajaran Islam.

    Semua di atas: Antara suasana semasa program berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda