BAE System setuju beli sistem elektronik

LONDON, 20 JAN – Syarikat pertahanan British, BAE System hari ini berkata ia bersetuju untuk membeli sistem elektronik utama daripada rakan Amerika Syarikat (AS), Raytheon dan United Technologies yang merancang untuk melakukan penggabungan dan memerlukannya untuk penjualan aset.

Dalam satu kenyataan, BAE berkata ia akan membayar AS$1.925 bilion secara tunai untuk sistem penentududukan sejagat (GPS) milik anak syarikat AS, Collins Aerospace. Kumpulan British itu juga mahu memperoleh perniagaan radio taktikal udara Raytheon yang berjumlah AS$275 juta tunai.

“Aset-aset ini dipasarkan sebagai sebahagian daripada proses pengawalseliaan berkaitan dengan penggabungan,” kata kenyataan.

Ketua Eksekutif BAE, Charles Woodburn berkata “cadangan pemerolehan, yang memberikan tumpuan kepada bidang perbelanjaan pertahanan yang menjadi keutamaan, akan terus meningkatkan peluang kumpulan untuk pertumbuhan berterusan dalam sistem elektronik. – AFP