Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baekhyun lancar agensi sendiri

    SM Entertaintment menafikan dakwaan anggota EXO iaitu Baekhyun yang mengatakan mereka sudah dimaklumkan dia melancarkan agensi sendiri.

    Pada 8 Ogos, Baekhyun mengadakan siaran langsung di Instagram apabila dia menjawab persoalan berhubung pelbagai khabar angin mengenainya yang tersebar.

    Selepas menjelaskan isu kontrak eksklusifnya bersama SM Entertainment sudah selesai, dia mengongsikan akan membuka syarikat sendiri bersama rakannya, Kasper.

    Menjelaskan lebih lanjut, syarikat yang dinamakan One Signature buat masa sekarang bakal dilancarkan di bawah nama berbeza. Katanya, SM Entertaintment sangat positif menyokong perjalanan baharunya itu.

    “SM juga bersetuju dan menunjukkan sokongan positif untuk syarikat saya. Saya bukan cakap ikut sendiri saja tanpa berunding dengan yang lain dulu,” katanya.

    Baekhyun bakal lancar album solo – Agensi

    Bagaimanapun, SM Entertaintment tampil dengan kenyataan yang menjelaskan mereka tidak tahu-menahu Baekhyun ada syarikat baharu. Mereka cuma tahu mengenainya daripada berita yang tersebar.

    “Syarikat kami tidak pernah dengar mengenainya sebelum ini. Kami cuma dengar daripada berita tersebar. Walaupun kami terkebil-kebil, kami percaya Baekhyun akan tetap pegang janji dalam persetujuan bersama kami,” katanya.

    Walaupun Baekhyun memaklumkan dia tidak menghasilkan album buat masa sekarang, SM Entertaintment mendakwa mereka sedang mempersiapkan Baekhyun untuk pelancaran album solo sebelum hujung tahun ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda