Bagi si bujang pasti pernah melalui rasa bosan dan tidak tahu apa nak buat tatkala cuti umum atau cuti mingguan.
Begitu juga dengan pasangan yang sudah berumahtangga dan belum dikurniakan zuriat. Rasa bosan ini akan menyebabkan anda tertekan. Pun begitu, jangan risau. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menghilangkan rasa bosan anda itu. Jom cuba!
Membersihkan rumah
Sapu atau lap bahagian kediaman yang jarang dibersihkan hingga anda penat. Sedikit sebanyak waktu terluang anda dapat diisi.
Menonton filem kesukaan
Tonton koleksi filem-filem kesukaan secara bersiri hingga habis. Filem aksi memang sesuai buat anda yang kesunyian.
Dengar muzik
Muzik mampu memperbaiki mood seseorang. Putar lagu-lagu kesayangan sambil menguruskan kerja rumah.
Bermain game
Hilangkan rasa bosan dengan bermain game kegemaran anda. Ia sedikit sebanyak membuatkan waktu cuti anda terisi.
Memasak makanan istimewa
Bila bosan, cuba masak menu istimewa untuk dihidangkan kepada ahli keluarga di rumah. Cuba masak menu yang tidak pernah dimasak, sekurang-kurang anda dapat mempelajarinya.
Bersukan
Rasa bosan boleh dihilangkan dengan berolahraga atau senaman ringkas, caranya mudah dengan mengikutinya melalui laman sosial. Ia bukan semata-mata dapat mengeluarkan peluh, bahkan juga menyihatkan badan anda.
Membuka media sosial
Jadikan media sosial sebagai platform untuk anda membaca, melihat video dan berinteraksi dengan rakan-rakan. Ia mampu menghilangkan rasa sunyi anda.