Bagaimana jika sejarah itu berlainan

Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

For All Mankind merupakan sebuah drama baharu dari Amerika Syarikat yang mengemukakan konsep sains fiksyen dan diterbitkan oleh Ronald D.Moore, Matt Wolpert dan Ben Nedivi. Drama berkisarkan di angkasawan lepas ini disiarkan dalam saluran Apple+.

Apa yang menarik, drama ini seakan-akan mengutarakan kisah menarik tentang sejarah alternatif terhadap apa yang terjadi terhadap angkasawan lepas selepas Kesatuan Union berjaya menjejakkan kaki ke bulan. Pada hakikatnya, penduduk dari Amerika Syarikat merupakan yang pertama menjejakkan kaki ke bulan namun disebabkan ia adalah alternatif yang berbeza, plot telah ditukar menjadi satu kelainan.

Drama ini dibintangi oleh beberapa pelakon hebat iaitu Joel Kinnaman, Michael Dorman, Wrenn Schmidt, Sarah Jones, Shantel Vansanten dan Jodi Balfour. Drama ini diterbitkan oleh Tall Ship Productions dan diedarkan oleh Sony Picture Television. Drama ini baharu sahaja disiarkan pada 1 November yang lalu.

Kronologi ringkas

Drama sains fiksyen ini mengisahkan mengenai sekumpulan angkasawan yang menanamkan misi untuk pergi ke bulan semasa pelbagai agensi di seluruh dunia berpusu-pusu untuk naik ke angkasawan dan pergi ke bulan sekitar tahun 1960an. Kemudian dibangkitkan beberapa soalan, bagaimana jika perlumbaan untuk pergi ke angkasawan tidak pernah terhenti?

Kronologi alternatif, USSR Kesatuan Soviet, berjaya menewaskan Amerika Syarikat untuk menjadi angkasawan pertama yang mendarat di bulan. Situasi itu menyebabkan pihak NASA berada dalam kerumitan dan kesedihan. Namun dalam mencapai misi tersebut, mereka berdepan pelbagai cabaran dan halangan. Apakah cabaran dan halangan itu, anda boleh saksikannya dalam drama For All Mankind yang disiarkan dalam saluran laman sesawang Apple+.

Apakah cabaran dan halangan itu, anda boleh saksikannya dalam drama For All Mankind yang disiarkan dalam saluran laman sesawang Apple+.