Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bagaimana risiko menaiki pesawat semasa wabak COVID-19?

    Sebesar mana risiko terbang semasa wabak COVID-19?

    Penerbangan boleh meningkatkan risiko anda terkena jangkitan, tetapi syarikat penerbangan mengambil langkah berjaga-jaga dan anda juga boleh.

    Perjalanan melalui udara bermaksud anda meluangkan masa di terminal lapangan terbang, yang membuat anda berhubung rapat dengan orang lain.

    Ketika perjalanan menggunakan penerbangan semakin pulih, pesawat akan menjadi lebih sesak, bermaksud penumpang mungkin akan duduk berdekatan dengan orang lain, selalunya akan mengambil masa berjam-jam, yang menimbulkan risiko untuk penumpang.

    Setelah berada di dalam pesawat, kebanyakan virus dan kuman lain tidak mudah merebak kerana cara putaran udara beredar, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS.

    Syarikat penerbangan sentiasa membersihkan permukaan dalam pesawat yang sering disentuh oleh penumpang. – Agensi

    Syarikat penerbangan juga mengatakan bahawa mereka fokus dan sentiasa membersihkan permukaan dalam pesawat yang sering disentuh oleh penumpang.

    Beberapa syarikat penerbangan seperti Alaska, Delta, JetBlue dan Southwest menyekat tempat duduk tengah atau mengehadkan kapasiti.

    Tetapi walaupun setiap tempat duduk tengah dikosongkan, penumpang mungkin akan berada lebih dekat dari jarak yang disarankan iaitu enam kaki bersama penumpang lain sekarang kerana pesawat semakin penuh.

    American, United dan Spirit kini membenarkan penempahan tiket penerbangan dengan kapasiti penuh apabila mereka diberi kebenaran.

    Semua syarikat penerbangan AS yang terkemuka menghendaki penumpang memakai penutup mulut dan hidung.

    Lauren Ancel Meyers, seorang pakar dalam wabak penyakit di Universiti Texas, mengatakan bahawa terdapat beberapa cara membantu membatasi risiko.

    Untuk perjalanan menggunakan udara dan semua jenis pengangkutan lain, CDC mengesyorkan kerap mencuci tangan, menjaga penjarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung.

    Beberapa syarikat penerbangan mengumumkan pada baru-baru ini bahawa mereka akan bertanya kepada penumpang terlebih dahulu mengenai kemungkinan mereka mengalami simptom gejala COVID-19 dan sama ada mereka ada hubungan dengan seseorang yang positif mengidap virus itu dalam dua minggu sebelumnya.

    Namun, Meyers mengatakan mereka masih boleh mempertimbangkan sama ada perlu atau tidak untuk terbang menaiki pesawat.

    “Kita semua harus berfikir dengan lebih baik ‘hanya jika perlu’ dan selalu mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri dan orang lain,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda