YANGON, 7 JULAI – Myanmar mengalu-alu penyenaraian bandar lama Bagan sebagai tapak warisan dunia yang diumumkan pada sesi ke-43 Jawatankuasa Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang diadakan di Baku, Azerbaijan lewat semalam.
Keputusan itu diambil lima tahun selepas tiga buah bandar lama Myanmar Pyu, Hanlin, Beikthano dan Sri Kestra, memenangi gelaran sebagai tapak warisan dunia pada 2014.
Rakyat Myanmar gembira dengan pengumuman UNESCO, berjanji akan meneruskan usaha mereka untuk meletakkan lebih banyak tapak warisan termasuk Mrauk U di negeri Rakhine dalam senarai tersebut.
Kerajaan telah berusaha memasukkan Bagan dalam senarai warisan dunia sejak 1996 tetapi gagal memenuhi standard atau syarat tertentu.
Myanmar memohon sekali lagi pada 2018 dan kesemua syaratnya dipenuhi.
Permohohan kepada jawatankuasa berkata Bagan ialah warisan hidup, dan adat, falsafah, kepercayaan, seni dan budayanya mempunyai nilai yang unik.
Zon Budaya Lama Bagan, tempat terletaknya lebih 3,000 pagoda lama dan bangunan agama, telah wujud lebih daripada 1,000 tahun lamanya. – Xinhua
