Saturday, April 19, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bagi Kediok-kediok meriah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 23 MAC – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Liang dan Kampung Lumut 3, telah menganjurkan projek bertajuk Bagi Kediok-kediok (beri sedikit demi sedikit) selama dua hari bermula hari ini hingga esok sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Hadir pada hari pertama acara tersebut ialah ahli Majls Mesyuarat Negara merangkap Penghulu Mukim Bukit Sawat, Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman.

    Turut hadir, Ketua Kampung Sungai Liang, Awang Mohammad Haszrin bin Bagol.

    Acara itu menyaksikan pelbagai barangan pakaian dikumpul daripada keluarga besar Selamat dan Siput serta ahli dan keluarga MPK merentasi dua kampung berkenaan.

    Antara pakaian yang dikumpul termasuk pakaian baju cara Melayu, kurta, jubah, baju kurung dan tudung untuk dewasa dan kanak-kanak, dipamerkan di tempat tersebut untuk penerima yang hadir memilih pakaian kegemaran mereka.

    Haji Mohd Salleh bertemu dengan beberapa ahli jawatankuasa yang terlibat dalam projek berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Sebahagian daripada pengunjung meneliti pelbagai barangan pakaian semasa projek dijalankan.- GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda