Wednesday, February 26, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baginda Sultan berangkat tiba di Da Nang

    DA NANG, Vietnam, 10 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kelmarin berangkat tiba di Da Nang, Republik Sosialis Vietnam bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Ekonomi APEC (AELM) ke-25 yang berlangsung pada 10  dan  11 November.

    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang dijunjung oleh Menteri Pendidikan dan Latihan Republik Sosialis Vietnam, Tuan Yang Terutama Phung Xuan Nha dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Da Nang, Tuan Yang Terutama Tran Van Mien. (Klik di sini untuk berita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda