Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Baginda Sultan berangkat tiba di Riyadh

    RIYADH, 19 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berangkat tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Gulf Cooperation Council (G.C.C.) yang akan berlangsung pada 20 Oktober 2023.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid dijunjung oleh Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh, His Royal Highness Prince Mohammed bin Abdulrahman bin Abdulaziz; Datuk Bandar Wilayah Riyadh, His Highness Prince Faisal bin Abdulaziz bin Ayyaf; Setiausaha Agung G.C.C., Tuan Yang Terutama Jasem Mohamed Albudaiwi; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed bin Abdullah Al-Buraithin.

    Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba KDYMM ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Awang Yusoff bin Haji Awang Ismail.

    Sidang Kemuncak ASEAN-G.C.C. akan dipengerusikan bersama oleh Arab Saudi dengan Republik Indonesia, selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini.

    Semasa Sidang Kemuncak itu, Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN dan G.C.C. akan berhimpun buat pertama kalinya sejak hubungan ASEAN-G.C.C. ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1990, dan akan membincangkan usaha-usaha bagi mengukuhkan lagi hubungan ASEAN-G.C.C. serta memperkembang-luaskan kerjasama dalam isu-isu yang berkepentingan bersama seperti perubahan iklim.

    Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid dijunjung oleh Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh; Setiausaha Agung G.C.C.; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...