
KUALA LUMPUR, 27 MEI – Jabatan Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dalam keadaan sihat sejahtera.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia kini berada di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-sidang Berkaitan.
Baginda telah berasa letih dan atas nasihat pakar kesihatan tuan rumah, untuk berehat beberapa hari di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.